Alhamdulillah, marilah sama-sama kita mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT, lantaran dengan izin dan kehendak-Nya jua, yang senantiasa menyuntik kekuatan kepada kita untuk terus bangkit menongkah arus perjuangan yang berliku ini.
Tanggal 11 Mei 1946 merupakan detik dan episod yang sangat penting kepada bangsa Melayu. Tarikh keramat inilah buat julung-julung kalinya bangsa Melayu bangkit daripada “lena yang panjang” dan bersatu dalam menentukan nasib bangsa.
Tentunya pada usia 65 tahun, UMNO yang bersendikan Islam ini sudah cukup matang dalam mencatur dan memeta politik nasional. Malahan, UMNO sudah lali dengan pelbagai asakan dan cabaran.
Cabaran yang paling tragis apabila buat pertama kalinya BN kehilangan majoriti dua pertiga dalam pilihanraya umum yang lalu. Akibatnya, orang Melayu tampak seolah-olah hilang punca dan kekuatan. Walau pahit bak hempedu, UMNO tiada jalan lain melainkan perlu bingkas bangun dan sederap menyusun langkah untuk tampil sebagai sebuah parti yang segar dan selari dengan tuntutan rakyat.
Jika benar kita telah menyimpang jauh dari roh dan semangat asal UMNO, kita masih ada masa untuk berubah sesuai dengan landskap politik semasa. Nasib yang lebih buruk pasti menimpa UMNO jika kita masih tidak mahu berubah dengan jelas dan pantas. Kita tidak boleh terus bernostalgia dengan kejayaan silam. Kita perlu bangkit mencipta kejayaan baru bagi mengubat luka rakyat.
Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak selalu Presiden parti, reputasi UMNO kembali mekar dengan Gagasan 1Malaysia, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” . Transformasi politik yang dirintis ini amat selari dan memenuhi aspirasi rakyat. Sementara ahli-ahli UMNO di setiap peringkat pula hendaklah sentiasa mengukuhkan benteng perpaduan bagi memastikan UMNO terus kukuh dan releven.
Yakinlah bahawa kita sedang mengibar panji-panji kebenaran. Hentikan segala polemik yang menjengkelkan. Marilah kita sama-sama menyinsingkan lengan dan menyatukan tenaga dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 dan merealisasikan Wawasan 2020 sebagai pelengkap kejayaan negara. – MediaUMNO

Perutusan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak Sempena 65 Tahun UMNO


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
SYUKUR Alhamdulillah, marilah bersama-sama kita merafakkan sepenuh rasa tawaduk ke hadrat Allah S.W.T. yang memberi izin dan inayah-Nya membolehkan kita berkumpul sekali lagi dalam dewan yang penuh keramat ini untuk meraikan ulang tahun UMNO yang ke-65. Ucapan Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. selaku pemimpin yang dimuliakan dan sentiasa diambil pengajaran dariNya.
UMNO lahir daripada suara hati dan aspirasi orang Melayu dan rakyat akar umbi. Sepanjang usia 65 tahun, UMNO telah menterjemahkan agenda transformasi dan membuktikan bahawa sokongan kepada parti ini tidak pernah luntur.
Kepercayaan dan keyakinan ini bukan wujud secara semula jadi tetapi dimenangi serta dipupuk hasil keikhlasan dan iltizam perjuangan generasi kepimpinan dan ahli UMNO silih berganti. Ia tidak mungkin berterusan tanpa kemampuan kepimpinan dan ahli-ahli UMNO untuk terus merasai denyut nadi rakyat serta mendokong aspirasi mereka.
Dalam menyambut ulang tahun yang ke-65, jangan kita lupa UMNOlah satu-satunya parti yang menggerakkan kesedaran nasionalisme, semangat patriotisme dan demokrasi politik. Kepimpinan UMNO berjaya sebagai teraju ulung mentransformasikan Malaysia dengan begitu pantas seperti apa yang kita kecapi hari ini.
Marilah sama-sama kita bersumpah taat setia, berikrar untuk tetap menunaikan amanah memartabatkan bangsa, agama dan tanah air.
UMNO tidak sekali-kali akan membiarkan bangsa Melayu menjadi bangsa yang melukut di tepi gantang, bangsa yang menjadi dagang di negeri sendiri. UMNO komited untuk melakukan bukan sahaja apa yang terbaik, tetapi apa yang betul demi untuk rumpun Melayu.
Sejak mula ditubuhkan sebelum merdeka lagi, UMNO telah membuktikan kemampuannya sebagai sebuah parti politik yang bukan sahaja mampu menyatukan orang Melayu tetapi juga menerajui pemerintahan negara. Untuk itu, kita perlu meneruskan perjuangan pendahulu-pendahulu kita untuk menjadi juara rakyat. UMNO dan rakan-rakan komponen Barisan Nasional perlu memastikan agar hari ini untuk warga Malaysia adalah lebih baik dari hari semalam dan fajar menyinsing di hari esok akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk mereka dan anak-anak mereka.
Marilah kita bersama-sama rakan-rakan dalam Barisan Nasional untuk terus berkerja keras dan berusaha dengan gigih bagi mencipta masa depan Malaysia yang lebih makmur, marilah kita bersama-sama untuk meletakkan negara tercinta ini ditempatnya yang hak di persada antarabangsa. – MediaUMNO

Pilihan Raya Ketua Kampung RM90 Juta, Satu Pembaziran Wang Rakyat

KUALA LUMPUR,  10 Mei – Tindakan kerajaan Selangor yang sanggup membelanjakan hampir kira-kira RM 90 juta hanya untuk mengadakan pemilihan ketua kampung di seluruh negeri itu adalah suatu pembaziran wang rakyat.
Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menyifatkan apa yang dilakukan itu adalah bukti jelas pembaziran yang dilakukan dalam mengurus tadbir perbelanjaan negeri Selangor.
“Apa yang dilakukan itu adalah suatu pembaziran, kita tidak memerlukan belanja besar hanya sekadar untuk memilih ketua kampung, adalah lebih baik wang yang sebegitu banyak digunakan untuk rakyat.
“Banyak perkara lain yang boleh dilaksanakan dengan jumlah wang sebanyak itu, mereka sepatutnya tumpukan perhatian kepada kerja-kerja pembangunan untuk keselesaan rakyat bukannya menyalah guna wang rakyat,” katanya kepada UMNO-Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Exco Selangor, Ean Yin Hian yang menyatakan kerajaan negeri bercadang mengadakan pilihan raya untuk memilih ketua kampong dengan kos yang dianggarkan mencecah kira-kira RM 90 juta.
Menurutnya, apa yang berlaku itu menunjukkan kerajaan negeri tidak pandai dalam tadbir urus perbelanjaan kewangan negeri sehingga sanggup membelanjakan wang dengan jumlah yang besar sedangkan apa yang dilakukan tidak banyak member manfaat kepada rakyat.
Masalah salah tadbir kewangan sering berlaku di Selangor sejak negeri itu diperintah oleh pembangkang, sebelum ini kerajaan negeri melakukan kesalahan serupa apabila Yayasan Selangor memperuntukkan jumlah yang besar untuk majlis sambutan ulang tahun Sultan Selangor.
Kejadian itu telah menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor kerana menganggap sebagai satu pembazairan, berikutan itu majlis berkenaan dibatalkan.
Mohd Zin berkata, kerajaan negeri sepatutnya membuat perancangan yang betul dan tidak menyalah guna wang rakyat, masih banyak perkara yang masih tidak ditunaikan oleh pembangkang sejak mentadbir Selangor.
“Ketika Barisan Nasional (BN) memerintah dahulu, tidak timbul masalah untuk memilih ketua kampung, pemilihan yang dibuat tidak mengeluarkan kos dan dan rakyat menerima siapa sahaja yang dipilih untuk menjadi ketua kampung,” katanya.
Menurutnya, selain itu pembaziran pemilihan ketua kampung yang dicadangkan akan menimbulkan banyak masalah kepada rakyat yang mungkin boleh menyebabkan berlaku perpecahan di kalangan penduduk terbabit. -MediaUMNO

Pemuda Kuala Langat





10 Mei 2011 -Kuala Langat 


Selamat Hari Ulang Tahun PEKEMBAR/UMNO kepada YAB Presiden Parti serta syaf kepimpinannya dan semua ahli UMNO di seluruh negara. Tidak dilupakan kepada VETERAN-VETERAN UMNO yang telah menyerahkan perjuangan Agama, Bangsa & Negara kepada kami untuk disambung dan seterusnya kepada pelapis kami kelak.

Perjuangan tidak pernah selesai namun digalas kepada warisnya demi 'survival' anak cucu kita.

Sehari Bersama Nelayan Kuala Langat










 Menteri Industri dan Asas Tani bersama Rintihan Nelayan Kuala Langat
 pada: 09/05/2011
di Jeti Nelayan Kampung Kelanang

Rintihan Nelayan Kuala Langat - Jeti Kelanang


Dato' Ketua UMNO Bahagian Bersama
Nelayan Jeti Kelanang
Pada: 09/05/2011 9.00 mlm

Pemimpin UMNO Bersama Anggota RELA Kuala Langat


Jamuan Makan 
Dato Ketua UMNO Bahagian dan Kepimpinan UMNO
Bahagian Bersama Anggota RELA Kuala Langat
Pada : 08/05/2011

Kejohanan Futsal 1Malaysia Pemuda Kuala Langat


Tahniah pemuda BN sekelian.........usaha yang baik, 
mudah-mudah anak muda kita akan
 memberikan kepercayaan kpd BN hendaknya.

KIBARKAN BENDERA UMNO MENJELANG 11 MEI

KEPADA WARGA UMNO KUALA LANGAT
Dari : YBhg. Dato' Ketua Bahagian

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan ahli-ahli parti khususnya di peringkat cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian UMNO untuk mengibarkan bendera parti ‘Sang Saka Bangsa’ menjelangnya ulang tahun penubuhannya yang ke-65 Rabu depan.
Katanya, tarikh 11 Mei merupakan hari ulang tahun UMNO yang lebih dikenali sebagai Hari UMNO, umumnya akan disambut oleh Ibu Pejabat parti setiap tahun.
“Saya berharap bahawa tiap-tiap individu termasuklah cawangan dan bahagian akan kibarkan bendera kita pada hari tersebut supaya kita dapat mengingati perjuangan yang telah kita perjuangkan selama ini,” katanya.
Jelasnya, biarpun usia UMNO telah pun mencapai 65 tahun tetapi itu bukan bermakna bahawa parti tersebut sudah tua sebaliknya ia merupakan lambang kematangan dan sentiasa agresif dalam membuat perubahan-perubahan mengikut peredaran masa.
“Apa yang kita lakukan atau yang telah dilaksanakan oleh parti termasuk peringkat akar umbi sendiri jelas memperlihatkan bahawa UMNO sentiasa memperjuangkan kepentingan orang-orang Melayu dan bangsa Malaysia.
“UMNO yang menjadi tunjang kerajaan akan terus memastikan bahawa anak bangsa Malaysia akan mendapat kehidupan yang selesa dan Malaysia menjadi negara yang aman, sejahtera dan makmur. Itu tujuan asas yang kita akan terus perjuangankan,” tegasnya.
Beliau berharap dengan adanya sambutan ke-65 tahun yang bertemakan ‘Membela Rakyat’ ini sedikit sebanyak menjadi satu peringatan kepada kelahiran pertubuhanpolitik yang akan membawa kepada punca penubuhan serta asas-asas perjuangannya.
“Kita kena tunjukkan dalam sejarah siapa kita, apa yang kita lakukan dan apa yang telah kita capai khususnya kepada generasi muda kerana masyarakat hari ini perlu tahu bahawa kesenangan yang ada diperolehi dengan perjuangan.
“Mereka perlu tahu rintangan dan ranjau yang telah dilalui oleh datuk nenek moyang kita. Jadi saya berkeyakinan bahawa dengan adanya sambutan tiap-tiap tahun ini maka ia akan memperingatkan sejarah kita dahulu untuk mempertingkatkan masa hadapan.”
Dengan ini, beliau yakin akhirnya rakyat Malaysia walaupun mereka barangkali tidak disedarkan terhadap apa yang berlaku atau diganggu oleh provokasi pembangkang tetapi akhirnya mereka akan kembali kepada UMNO dan terus menyokong kerajaan BN demi masa depan anak-anak mereka.
Dalam masa yang sama, beliau melahirkan harapan agar tiap-tiap cawangan dan bahagian akan mengadakan majlis-majlis kesyukuran atau majlis-majlis untuk memperingati pejuang-pejuang yang lepas.
“Ini juga secara tidak langsung dapat memberi maklumbalas kepada generasi muda bahawa UMNOlah yang memberi kepentingan untuk perjuangan bangsa Melayu ini serta tidak ada pihak yang berani untuk mengganggu gugat,” tegasnya lagi. – MediaUMNO.

PROGRAM BERSAMA DATO KETUA BAHAGIAN

TELUK MENGKUANG - 06 MEI  2011 Majlis bersama wanita cawangan Teluk Mengkuang


PWTC 06 MEI 2011 - Majlis Malam PM & Pemimpin Bersama Rakyat 

Turut serta Ketua UMNO Bahagian dan Jawatankuasa


KUALA LUMPUR, 3 Mei – Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kemungkinan kehilangan perwakilan dari kaum Cina dalam kerajaan sekiranya komponen parti Barisan Nasional (BN) gagal mendapat sokongan pengundi Cina pada pilihan raya umum akan datang bukanlah satu ‘ugutan’ kepada masyarakat Cina tetapi ia adalah hukum politik yang logik.
Sambil menyifatkan kenyataan Perdana Menteri itu sebagai sesuatu yang benar dan berterus terang, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata hakikatnya masyarakat khususnya pengundi Cina perlu menyokong MCA atau Gerakan bagi memastikan mereka mempunyai wakil yang kuat dalam kerajaan.
“Semua orang yang faham politik mesti akui hakikat itu… jika tidak undi, calon MCA dan Gerakan akan kalah maka tiada wakil rakyat dari kaum Cina dari BN.
“Tahun 2008 (pilihanraya umum ke 12) Gerakan cuma memang dua kerusi di Grik dan Simpang Renggam, MCA tanding 40 kerusi menang cuma 15 dan masih lagi diberi kuota Menteri dan Timbalan Menteri seperti 2004 (pilihanraya umum ke 11)..
“…tapi baru-baru ini Presiden MCA sebut  jika masyarakat Cina tak undi mereka tentulah sukar untuk MCA meminta jawatan-jawatan… ini hukum politik yang logik”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Mneteri, Datuk Seri Najib baru-baru ini bahawa komuniti Cina perlu memutuskan sama ada hendak mengundi parti komponen BN atau kehilangan perwakilan mereka dalam kerajaan.
Najib dilaporkan berkata komuniti Cina perlu mengorbankan parti dalam kerajaan sekiranya mereka memilih untuk menyokong pembangkang.
Kenyataan Perdana Menteri itu adalah susulan kepada kenyataan oleh Presiden MCA,  Datuk Seri Dr Chua Soi Lek Jumaat lepas bahawa parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri sekiranya mereka mendapat keputusan buruk pada pilihan raya akan datang berbanding pilihan raya 2008.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya percaya dengan izin Tuhan juga BN akan terus memerintah negara ini kerana rakyat sudah muak dengan gelagat pemimpin pembangkang terutama dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sesetengahnya pimpinan Pas.
“BN akan berusaha bersungguh-sungguh untuk pertahan kerajaan ini demi rakyat… saya tetap yakin masih ramai orang Cina yang bersetuju dengan dasar-dasar BN dan hasrat kerajaan majukan negara ini…ramai juga sokong Gagasan 1Malaysia”, ujarnya. -MediaUMNO
Majlis ramah mesra Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat Bersama Penyelaras Pembangunan Persekutuan DUN Sijangkang dengan Ketua2 UMNO Cawangan dan Ketua2 Pemuda UMNO Cawangan DUN Sijangkang. Kehadiran Ketua2 Cawangan dan ketua2 Pemuda membuktikan wujudnya kesepaduan dan perpaduan yang kukuh di kalangan kepimpinan UMNO di DUN Sijangkang khususnya dan amnya di Bahagian Kuala Langat. Sokongan ini penting dalam merencana kearah usaha mengambil kembali kerusi DUN Sijangkang daripada pembangkang. Kearah mempastikan matlamat ini tercapai, pelbagai gerak kerja mengukuhkan parti akan dilakukan dari masa ke semasa dengan kerjasama semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) di DUN Sijangkang.Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd Karli dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Dr Shafei Salleh.
KEJOHANAN FUTSAL PEMUDA BN 1 MALAYSIA PARLIMEN KUALA LANGAT Jam 8 pagi 8 Mei 2011 di GEO Futsal Jalan Waja TPG. Dirasmikan oleh KP UMNO/BN Selangor YBhg Ungku Salleh Ungku Jamal. Semua KP2 Umno Caw Parlimen Kuala Langat dijemput hadir dan diminta menghantar team wakil caw masing2 sebelum 5 Mei 2011...sila rujuk photo syarat dan borang penyertaan. untuk borang online sila email ke hamzahradzi@gmail.com atau call Razak 016 2757253