1.5.2011 - Majlis Perasmian Mesyurat Agung KASIH Ke 3


Majlis Perasmian Mesyurat Agung Tahunan Kali Ke 3 Dan Pelancaran Program Tunas KASIH telah dirasmikan oleh Yang Di Pertua KASIH Selangor, YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor di Hotel Blue Wave, Shah Alam jam 2.30 petang. KASIH telah menyumbangkan bantuan dermasiswa kepada 560 pelajar daripada 56 Dun di Selangor, yang terdiri daripada 5 pelajar sekolah rendah dan menengah. Pelajar sekolah rendah mendapat dermasiswa RM 100.00 berserta 1 set buku rujukan UPSR dan RM 200.00 kepada pelajar sekolah menengah berserta 1 set buku rujukan SPM. Di harapkan dengan bantuan ini dapat meringankan sedikit perbelanjaan pembelajaran para pelajar dan menyemaikan semangat majujaya untuk menghadapi peperiksaan UPSR dan SPM pada tahun ini dengan jayanya. Terimakasih kepada guru-guru pengiring, ibubapa dan pelajar yang hadir, sesungguhnya kehadiran tuan/puan amat kami hargai dan jika ada kekurangan di majlis tersebut harap dimaafkan. Terimakasih kepada ahli KASIH yang sudi menghadirkan diri dan melaksanakan tanggungjawab sehingga mesyuarat agung tahunan KASIH ke 3 dapat dilaksaankan dengan jayanya dan membentuk AJK KASIH 2011 - 2013 dengan gandingan muka baru dan lama. Diharapkan AJK 2011 -2013 ini dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih prihatin, dedikasi, inovasi dan berdisplin tinggi.